Pengakap Raja dan Kursus Asas Manikayu II

Salam pertemuan.

Lama tidak menulis. Bukan hilang kerinduan untuk berblog, hanya masa juga yang sering mencemburui saya untuk menulis di sini. Tambahan pula semester baru dibuka, maka masa untuk berblog juga semakin sedikit. Namun akan saya gagahkan juga diri (dan juga tangan) untuk menulis paling kurang seminggu satu entri. Insya-Allah.

5hb Jun 2008. Saya menghadiri majlis penganugerahan sijil dan lencana Pengakap Raja Negeri Perak yang telah 5 tahun saya tunggu dengan penuh kesabaran (kadang-kadang hilang sabar juga!). Majlis ini berlangsung di Dewan Banquet, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Saya juga membawa bersama kedua ibu bapa saya untuk menyaksikan anak mereka yang seorang ini mengadap Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang berkenan untuk menyampaikan kepada penerima yang layak.

Kenamaan yang hadir pada hari itu termasuk Ketua Pengakap Negara, Menteri Besar Perak dan beberapa dif kehormat. Jika ingin melihat foto-foto majlis tersebut dan juga foto yang saya ambil, bolehlah lawati pautan ini:

18hb Jun – 21hb Jun 2008. Tarikh ini adalah tarikh gantian saya untuk markah gerak kerja ko-kurikulum saya di institut. Kalau saya tak hadir, markah saya akan kosong. Sebenarnya saya sepatutnya pergi bulan April lalu. Malangnya saya tidak dapat kerana masuk hospital sehari sebelum perkhemahan tersebut. Perkhemahan yang saya maksudkan adalah Kursus Asas Manikayu Modul A & B. Kursus Manikayu ini sememangnya saya tunggu selama ini untuk melayakkan saya mendapat tauliah penolong pemimpin.

Kursus ini saya terpaksa menumpang pelajar KPLI-PJ IP Islam Selangor ke Mutiara Motor Resort, Sedili Kechil, Johor. Tiba di sana pun, saya yakin sayalah satu-satunya pelajar yang muda di kalangan mereka yang datang ke kursus ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan rakan-rakan sekursus saya pun baik-baik belaka.

Banyak perkara yang hendak ditulis di dalam blog ini. Alangkah moleknya jika apa yang saya fikirkan dalam minda terus sahaja dinukilkan di blog tanpa perlu saya bersusah payah mengeraskan jari menekan papan kekunci ini.

Advertisements

2 Responses to “Pengakap Raja dan Kursus Asas Manikayu II”

  1. Aidil Khalid Says:

    Lamanya tak ada entri baharu…. Atau sudah ada laman lain yang menjadi medan luahan? =)

    Salam.

  2. avataraang Says:

    tahniah dah dianugerahkan sebagai pengakap raja secara rasmi. tahniah sekali lagi diucapkan 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: