Merdekakah kita?

Berkibar megah wahai Jalur Gemilang ku...

Berkibar megah wahai Jalur Gemilang ku...

Merdekakah kita?

Setelah 51 tahun kita merdeka dari segi fizikalnya, adakah kita merdeka dari segi pemikiran? Atau dari segi akhlak dan moral? Setakat ini nampaknya ia masih belum berlaku.

Masalah keruntuhan akhlak nampaknya semakin menjadi-jadi. Di mana golongan pembela Islam? Mana Amar Ma’aruf Nahi Mungkar yang dilaung-laung selama ini? Adapun pihak yang kononnya berjuang untuk Islam dalam platfom politik tetapi tidak kelihatan usaha yang serius untuk membawa kembali muda mudi yang sudah carik moralnya. Perlukah mengharap kepada pemerintah sahaja untuk menyelesaikannya?

Golongan “Pembela Islam” ini yang wajib bergerak tanpa mengharap bantuan apa-apa. Sedarkan muda mudi perihal kebaikan dan keburukan. Bukannya hanya berjuang untuk mendapatkan kuasa politik semata. Jika ia berjaya, kita tidak perlu mengeluh dan terus mengeluh apabila melihat muda mudi kehilangan arah tujuan.

“Perpaduan Teras Kejayaan”

Adakah perpaduan di negara kita mencapai tahap seperti yang kita hendak?

Bolehlah ia menjadi teras kepada kejayaan kita? Bagaimana pula kita hendak berpadu jika masih dibelenggu sifat perkauman yang tebal. Pentingnya perpaduan dipupuk sejak kecil malangnya ia tidak menjadi kenyataan. Kita lihat sahaja sistem pendidikan yang bermula dari sekolah rendah. Adakah masih relevan lagi SJK (sekolah jenis kebangsaan)? Bukan tidak pernah hendak diaplikasi, tetapi mendapat tentangan hebat daripada pihak yang berkepentingan dalam SJK.

Sekolah Wawasan, satu konsep yang amat “cemerlang, gemilang dan terbilang”. Amat menyedihkan apabila tidak dilaksanakan setegas yang mungkin. Persoalan saya di sini, apakah perlu pemerintah memberi muka kepada golongan seperti yang saya sebutkan sebelum ini? TEGAS itu yang perlu. Jika kita berterusan begini, apakah perpaduan dapat dicapai? Kita tidak perlu mengharap pada PLKN semata-mata jika konsep Sekolah Wawasan ini diteruskan.

Akhir kata, sempena merdekanya Malaysia tercinta ini,

Salam KEMERDEKAAN. Bebaskan dari dibelenggu penjajahan pemikiran!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: