Askar Wataniah atau Pengakap?

May 28, 2008

Askar Wataniah

Salam.

Cuti semester saya sudah bermula. Tetapi cuti kali ini memberikan ‘pilihan’ pada saya untuk membuat keputusan yang betul. Penat apabila memikirkannya.

Sejak saya mula menyertai Pasukan Askar Wataniah tahun lalu, saya berkeinginan untuk mengikuti Kursus Asas Perajurit Muda untuk melayakkan saya memperoleh pangkat Prebet. Peluang saya adalah ketika waktu cuti semester ini. Sudah bersedia begitu lama dari segi fizikal dan mental, alih-alih saya tidak dapat menyertainya. Kecewa bukan kepalang. Sebabnya adalah,

Read the rest of this entry »

Penjenamaan Semula

May 23, 2008

Salam.

Topiknya bukanlah bermaksud membuat penjenamaan terhadap blog ini. Sebenarnya saya sudah padamkan blog lama kerana masalah tertentu. Kali ini saya hadir menerbitkan blog baru, dalam Bahasa Melayu, dengan niat untuk menyampaikan pandangan peribadi saya atau petikan artikel dari mana-mana sumber yang saya rasakan berguna untuk dikongsi bersama.

Jika sebelum ini saya banyak menyentuh hal-hal politik, kali ini saya akan cuba asingkan ia. Jika anda berminat dengan hal-hal politik, boleh layari laman sesawang politik saya di

http://fikirankami.blogspot.com

Jika anda baru sahaja melayari laman blog ini, sila tinggalkan cadangan atau komen yang membina untuk menambah baik blog ini supaya menjadi antara blog pilihan rakyat Malaysia.