Archive for the ‘Umum’ Category

Pemindahan ke Blogspot

January 7, 2009

Salam semua yang hadir ke blog ini.

Mulai bulan Februari, secara rasminya, blog beralamat WordPress ini akan berhenti. Namun blog ini tidak akan ditamatkan perkhidmatannya.

Sila tuju ke alamat baru: http://almarbawi.blogspot.com

Merokok dalam tandas?

January 6, 2009

smoke-at-toilet

Merokok memang membahayakan kesihatan. Tapi saya bukan nak promosikan rokok. Mungkin perokok-perokok boleh bantu orang ramai, tidak hanya pada sumbangan ekonomi. Ini mengikut pandangan peribadi saya sendiri.

Apabila saya masuk ke tandas awam, kebanyakan tandas awam memang ada bau yang tidak menyenangkan langsung. Anda tahu, apabila seorang perokok merokok di dalam tandas, bau rokok tersebut akan membantu mengurangkan bau yang tidak menyenangkan itu. Maksud saya bukanlah kita hidu asap rokok itu, tapi bau rokok akan “melekat” pada sekitar tandas dan dapat mengurangkan bau busuk.

Tapi ini hanya pandangan peribadi saya sahaja. Mungkin ada yang berpendapat sebaliknya, atau mempunyai pendapat lain.

Penjenamaan Semula

May 23, 2008

Salam.

Topiknya bukanlah bermaksud membuat penjenamaan terhadap blog ini. Sebenarnya saya sudah padamkan blog lama kerana masalah tertentu. Kali ini saya hadir menerbitkan blog baru, dalam Bahasa Melayu, dengan niat untuk menyampaikan pandangan peribadi saya atau petikan artikel dari mana-mana sumber yang saya rasakan berguna untuk dikongsi bersama.

Jika sebelum ini saya banyak menyentuh hal-hal politik, kali ini saya akan cuba asingkan ia. Jika anda berminat dengan hal-hal politik, boleh layari laman sesawang politik saya di

http://fikirankami.blogspot.com

Jika anda baru sahaja melayari laman blog ini, sila tinggalkan cadangan atau komen yang membina untuk menambah baik blog ini supaya menjadi antara blog pilihan rakyat Malaysia.