Archive for the ‘Islam’ Category

Penipuan Ustaz Arif “Cakra Alam”

November 26, 2008

Sebagai seorang Muslim, wajib untuk saya menghebahkan penipuan yang kerap kali dilakukan kepada umat Islam khususnya orang Melayu, yang selama ini sejak ratusan tahun, mempercayai ‘kuasa’ bomoh yang konon dapat mengubat penyakit dengan cara yang mistik dan supernatural. Padahal ia sebenarnya adalah helah sains yang orang Melayu sangat malas mempelajarinya. (Mungkin sebab itu, orang Melayu tak bijak dalam sains. Maaf, bukan mengeji tetapi hakikat).

(more…)

Advertisements

Perihal “Sajak Kematian”

November 13, 2008

: : Kualiti kurang memuaskan : :

Baru-baru ini kita dimaklumkan dengan tayangan video bertajuk “Sajak Kematian” (walaupun isi kandungannya bermaksud Azab Kubur) yang ditayangkan kepada murid-murid sekolah rendah. Tujuan ia ditayangkan supaya mendatangkan kesedaran pada anak-anak kecil, bahawa kita janganlah melakukan kejahatan nanti akan dibalas oleh Allah SWT di dalam kubur. Walaupun tujuannya baik, kita perlu lihat dari sudut kesesuaian penonton video tersebut.

(more…)

Ramadhan didik ketaqwaan

September 1, 2008


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN
(WARTAWAN UTUSAN)

AHLAN wasahlan ya Ramadan. Selamat datang bulan Ramadan. Bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka.

Insya-Allah, Isnin depan umat Islam di Malaysia akan berpeluang sekali lagi menjalani ibadat puasa, salah satu daripada rukun Islam yang lima.

Puasa pada sudut bahasa bermakna menahan diri. Pada syarak, puasa adalah menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga masuk matahari.

Ramadan pula bermaksud membakar dan panas. Dengan kata lain, Ramadan membakar dan menghapuskan dosa orang yang berpuasa.

Bersyukurlah jika kita bahagia menyambut kedatangan Ramadan walaupun terpaksa menahan diri daripada makan dan minum di siang hari selama sebulan. Sekurang-kurangnya kita terdorong dalam orang yang beriman.

(more…)