Archive for January, 2009

Pemindahan ke Blogspot

January 7, 2009

Salam semua yang hadir ke blog ini.

Mulai bulan Februari, secara rasminya, blog beralamat WordPress ini akan berhenti. Namun blog ini tidak akan ditamatkan perkhidmatannya.

Sila tuju ke alamat baru: http://almarbawi.blogspot.com

Merokok dalam tandas?

January 6, 2009

smoke-at-toilet

Merokok memang membahayakan kesihatan. Tapi saya bukan nak promosikan rokok. Mungkin perokok-perokok boleh bantu orang ramai, tidak hanya pada sumbangan ekonomi. Ini mengikut pandangan peribadi saya sendiri.

Apabila saya masuk ke tandas awam, kebanyakan tandas awam memang ada bau yang tidak menyenangkan langsung. Anda tahu, apabila seorang perokok merokok di dalam tandas, bau rokok tersebut akan membantu mengurangkan bau yang tidak menyenangkan itu. Maksud saya bukanlah kita hidu asap rokok itu, tapi bau rokok akan “melekat” pada sekitar tandas dan dapat mengurangkan bau busuk.

Tapi ini hanya pandangan peribadi saya sahaja. Mungkin ada yang berpendapat sebaliknya, atau mempunyai pendapat lain.

Boikot Barangan Berkaitan Yahudi

January 5, 2009

Ketika ini, Gaza masih lagi dibedil dengan rakusnya oleh Israel Laknatullah. Kita merasa sedih, hiba dan terharu dengan mangsa-mangsa serangan. Namun sebagai pengguna, kita juga mampu mengekang serangan tersebut jika mereka tidak dapat dana daripada syarikat-syarikat mereka dari serata dunia. Inilah masanya kita gunakan kuasa kita sebagai pengguna untuk memboikot barangan-barangan yang berkaitan Yahudi atau mereka yang menyokong Yahudi.

Saya harap supaya kita dapat menghebahkan barangan-barangan ini kepada rakan-rakan kita yang lain. Dan yang paling penting, jangan “hangat-hangat tahi ayam” sahaja. Jika anda sayangkan Islam dan simpati kepada saudara-saudara kita di Palestin, maka istiqamahlah dalam aktiviti pemboikotan ini.

Allahu Akbar! Hapus Yahudi Laknatullah!

Sila klik di URL berkenaan dan maklumkan kepada rakan-rakan, saudara mara dan semua orang Islam!

Barangan-barangan Yahudi

*Ihsan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di www.muslimconsumer.org.my