Perihal “Sajak Kematian”

: : Kualiti kurang memuaskan : :

Baru-baru ini kita dimaklumkan dengan tayangan video bertajuk “Sajak Kematian” (walaupun isi kandungannya bermaksud Azab Kubur) yang ditayangkan kepada murid-murid sekolah rendah. Tujuan ia ditayangkan supaya mendatangkan kesedaran pada anak-anak kecil, bahawa kita janganlah melakukan kejahatan nanti akan dibalas oleh Allah SWT di dalam kubur. Walaupun tujuannya baik, kita perlu lihat dari sudut kesesuaian penonton video tersebut.

Menayangkan video ini kepada murid seawal Darjah 1, pada pandangan saya adalah tidak sesuai. Sebab utamanya adalah kanak-kanak di peringkat ini masih belum dapat berfikir yang mana baik yang mana tidak baik. Malah sifat kanak-kanak ketika usia ini adalah dalam keadaan ‘takut’ jika ditayangkan perkara-perkara sebegini. Takut sahaja tanpa dapat berfikir tidak mendatangkan kesan positif kepada penontonnya tadi.

Sewajarnya video ini sesuai ditayangkan ketika kanak-kanak tadi dalam proses transformasi daripada sekolah rendah ke sekolah menengah iaitu sekitar darjah 5 atau 6. Dan lebih baik lagi jika diselitkan juga Kursus Pemantapan Akidah atau yang berkaitan dengannya, selepas UPSR. Waktu ini bersesuaian kerana jika dilihat kepada murid perempuan, kebanyakan mereka sudah baligh dan proses pemikiran mereka juga semakin meningkat dan hampir matang. Murid lelaki pula, walaupun belum cukup baligh dalam tempoh ini, pemikiran mereka juga sudah menampakkan peningkatan walaupun bukan matang lagi.

Kaedah video adalah salah satu cara yang sesuai dalam menerangkan inti pati Pendidikan Islam. Ini kerana memang sudah sifat kanak-kanak yang sukakan hiburan, permainan, warna-warni, interaktif berbanding menggunakan kertas, pensil, pemadam, ataupun peperiksaan bertulis. Dan pujian harus diberikan kepada pembuat video seperti atas hasil daya usaha untuk memudahkan penyampaian. Banyak lagi video seperti ini harus dirakam supaya anak-anak muda didedahkan dengan ilmu fardu ‘ain dan fardu kifayah untuk memantapkan diri menjadi umat Islam yang soleh.

p/s: Video ini setahu saya sudah lama dirakam. Jika tidak silap, saya pernah mendengar versi kaset ketika era 90-an dahulu. Atau mungkin hampir sama dengannya.

Advertisements

Tags: , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: