Salam.
Topiknya bukanlah bermaksud membuat penjenamaan terhadap blog ini. Sebenarnya saya sudah padamkan blog lama kerana masalah tertentu. Kali ini saya hadir menerbitkan blog baru, dalam Bahasa Melayu, dengan niat untuk menyampaikan pandangan peribadi saya atau petikan artikel dari mana-mana sumber yang saya rasakan berguna untuk dikongsi bersama.
Jika sebelum ini saya banyak menyentuh hal-hal politik, kali ini saya akan cuba asingkan ia. Jika anda berminat dengan hal-hal politik, boleh layari laman sesawang politik saya di
http://fikirankami.blogspot.com
Jika anda baru sahaja melayari laman blog ini, sila tinggalkan cadangan atau komen yang membina untuk menambah baik blog ini supaya menjadi antara blog pilihan rakyat Malaysia.
Tags: Peribadi
May 27, 2008 at 3:59 pm
saya cuma nak tinggalkan tapak kaki di sini. boleh? heee.. =p
May 28, 2008 at 1:02 am
ixora: nak tinggal tapak tangan pun boleh… 🙂
May 28, 2008 at 3:57 am
wahahaaa…encik, puas saya mencari ke mana hilangnya anda. Akhirnya…
Apa pun, semoga penjenamaan semula ini menjadi satu perjalanan yang mengasyikkan. Hidup kan hanya sekali…
aL-MaRBaWi: hilangnya saya itu sekadar mencari ilham yang tak kunjung tiba beserta kesibukan normal seorang pelajar
May 28, 2008 at 6:09 am
hahaha..
eh,knp tak tukar URL? letak la link blog baru ni. senang skit nak klik nnt 😉
aL-MaRBaWi: URL untuk blog ini hanya tambah “2” selepas almarbawi”2″.wordpress.com
June 19, 2008 at 9:38 am
dah pakai jenama baru la ni ye..hehehehe 😉
aL-MaRBaWi: kita kena juga ikut edaran semasa, seperti produk-produk di pasaran ketika ini… hehe